Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 5, 2010

Pemain langgar kontrak dihukum (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU – Pemain yang berpindah ke pasukan lain tanpa menjawab notis tawaran baru yang diberikan pasukan mereka dalam masa tiga bulan sebelum tamat kontrak awal, berdepan tindakan termasuk kemungkinan dilarang daripada beraksi dengan mana-mana pasukan.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain bakal berdepan dengan larangan bermain dalam liga musim hadapan jika terbukti mereka telah melanggar syarat kontrak.

“Di bawah peraturan FAM, persatuan atau negeri yang hendak mengekalkan pemain musim hadapan perlulah memberi notis tiga bulan terakhir sebelum tamat kontrak asal.

“Ini bermaksud sekiranya kontrak tamat pada 31 Disember, pihak persatuan perlu memberi notis sebelum Oktober.

“Sekiranya seseorang pemain telah menerima notis daripada pasukannya, dia perlu jawab dia terima atau tidak, kalau sampai habis tempoh dia tidak jawab, dia dianggap menerima kontrak baru itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika memberi ulasan mengenai isu perpindahan pemain ke pasukan lain dalam menghadapi cabaran liga musim hadapan meskipun masih terikat dengan kontrak terdahulu.

Takiyuddin memberitahu, masalah itu bukan sahaja berlaku kepada pasukan Kelantan tetapi turut sama dialami pengurusan pasukan lain.

Beliau turut mengingatkan kepada pemain-pemain agar menjawab notis yang diberikan pasukan masing-masing sekiranya tidak mahu bermain dengan pasukan terdahulu bagi mengelakkan hukuman ke atas mereka.

“Kalau kita menerima laporan daripada persatuan, FAM akan bersidang dan boleh menyekat pemain daripada mewakili mana-mana pasukan pada musim hadapan kecuali jika dia kembali bermain dengan pasukan asal.

“Masalah tidak sedar atau tidak tahu tentang peraturan ini tidak boleh diterima kerana ia sudah menjadi ‘common knowledge’ kepada pemain dan termaktub dalam kontrak yang mereka tandatangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...