Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 17, 2010

Pemain baru sandaran Perlis (Harian Metro Online)

BERBANDING pencabar lain, skuad Perlis yang menyandarkan harapan kepada gandingan baru tidak menetapkan sasaran menjulang piala pada saingan Liga Super musim depan.

Begitupun, skuad muda Singa Utara yang menyenaraikan 90 peratus pemain bawah 25 tahun itu tetap yakin mampu mempamerkan persembahan baik.

“Kita akui pasukan ini tidak sehebat pencabar lain yang memiliki ramai pemain bintang dan berpengalaman.

“Pastinya sukar berdepan pencabar lain pada kempen Liga Malaysia musim depan,” kata Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz.

Beliau turut menyedari kekurangan pasukan dan pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan keyakinan.

Selain kem motivasi di Pulau Langkawi, baru-baru ini, mereka turut mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bertujuan meningkatkan pengalaman selain mengesan kekurangan dan kelemahan pasukan.

“Biarpun baru, sudah ada kemajuan dan peningkatan semangat berpasukan dan persembahan sebagaimana di buktikan pada perlawanan persahabatan baru-baru ini,” katanya.

Perlis menewaskan pilihan Langkawi, 4-0 2 Disember lalu dan menewaskan skuad Liga Perdana Pulau Pinang, 3-0, 6 Disember di Kangar.

Ku Besry berkata, Perlis bakal menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ahad ini diikuti Sarawak, 21 Disember di Stadium Utama Negeri Kangar.

“Kami harap perlawanan persahabatan itu membantu mengenal pasti kelemahan, menetapkan posisi setiap pemain selain memantapkan gandingan dan persefahaman pasukan,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...