Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 31, 2010

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Tidak Sertai Sambutan Tahun Baru (BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasukan bola sepak kebangsaan yang baru dinobatkan menjadi juara Piala AFF-Suzuki 2010 tidak akan menyertai sambutan Ambang 2011 di Dataran Merdeka Jumaat malam.

Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan Abdul Hamid Ahmad dalam satu kenyataan berkata pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola sepak negara diberikan pelepasan untuk bersama keluarga masing-masing bagi meraikan sambutan tahun baru.

Sebelum ini mereka dikatakan akan berada di Dataran Merdeka untuk sama-masa memeriahkan sambutan Ambang 2011.

Pasukan bola sepak negara berjaya menjulang Piala Suzuki-AFF berdasarkan kemenangan dengan aggregat 4-2 walaupun kalah 1-2 dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada Rabu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...