Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 18, 2010

Norshahrul belum puas ledak dua gol (Berita Harian Online)

2010/12/18

PENYERANG kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha masih belum puas dengan dua gol jaringannya sepanjang kempen Piala Suzuki AFF musim ini, dan berharap dapat menambahnya di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini.

“Tetapi lebih penting ialah skuad negara layak ke final,” kata penyerang 24 tahun dari Terengganu itu. “Memang kalau boleh saya mahu menambah gol, tetapi dengan Safee (Sali) menemui kembali rentak jaringan, saya tidak kisah siapa yang dapat membolosi gawang Vietnam.”

Namun Norshahrul mengakui, cabaran kali ini bukan mudah kerana Vietnam pasti memperketatkan barisan pertahanannya selepas dua kali gawang mereka dibolosi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

“Pada pertemuan pertama di Bukit Jalil, pertahanan Vietnam agak longgar dan membolehkan kita mencipta peluang termasuk dua gol Safee. Tetapi keadaan di Hanoi pasti berubah kerana mereka akan mempertingkatkan pertahanan,” katanya.

“Kami berjanji akan memberikan lebih daripada 100 peratus untuk perlawanan esok (malam ini) bagi memastikan negara layak mara ke final tahun ini.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena