Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Norizan: Perak masih ada kelemahan (Kosmo Online)


PASUKAN Perak dan Muang Thong United bergambar kenangan sebelum memulakan aksi persahabatan di Bangkok kelmarin.


“BANYAK kelemahan yang perlu kami perbaiki agar persembahan Perak lebih mantap.”

Jurulatih Perak, Norizan Bakar tetap merendah diri walaupun anak-anak buahnya berjaya mengejutkan juara Liga Premier Thailand, Muang Thong United di Bangkok kelmarin.

Perak yang dalam persiapan menghadapi Liga Super 2011 berjaya menumpaskan Muang Thong United 3-2 dalam perlawanan persaha- batan di Stadium Universiti Ramkampheng, Bangkok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin; Naib Presiden PAFA, Khairuddin Ahmad dan beberapa pegawai persatuan itu turut menyaksikan perlawanan berkenaan.

Pada perlawanan itu, bekas penyerang Kelantan, Akmal Rizal Ahmad Rakli menyumbangkan dua gol dan Razali Umar Kandasamy menjaringkan satu gol.

Norizan gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya yang menampakkan bahawa keserasian antara mereka semakin terserlah.

Katanya, tujuan lawatan ke Bangkok adalah untuk mencari keserasian antara pemain kerana sebaha- gian besar pemain dalam skuad Seladang kali ini tidak pernah bermain bersama sebelum ini.

Beliau yang mengambil alih tugas ketua jurulatih Perak daripada Raja Azlan Shah Raja Shoib sejak awal bulan ini mengharapkan lawatan ke negara Gajah Putih itu mampu membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2011.

Selain berdepan dengan Muang Thong United, skuad Seladang juga akan bertemu dengan pasukan divisyen satu Thailand, Thai Air Force United dalam lawatannya selama empat hari ke negara berkenaan.

Mengimbas perlawanan dengan juara Liga Premier Thailand, Nori- zan berkata, para pemain agak gementar apabila melihat enam pemain import dari Afrika yang mewakili pasukan lawan.

Namun begitu katanya, mereka berjaya menguasai permainan pada separuh masa kedua sehingga mampu mencapai kemenangan tersebut.

Beliau berharap persembahan Perak akan bertambah mantap dalam perlawanan kedua menentang Thai Air Force United kelak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...