Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 17, 2010

Mental perlu kuat (Harian Metro Online)

Oleh Azlan Muhammad Zain

MENYENGAT...aksi Safee menjaringkan gol kedua ketika menentang Vietnam, kelmarin.
MENYENGAT...aksi Safee menjaringkan gol kedua ketika menentang Vietnam, kelmarin.

KEGHAIRAHAN dan sokongan padu penyokong Vietnam di Stadium Nasional MyDinh, Hanoi tidak menggentarkan pemain kebangsaan pada separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki, esok.

Laungan keyakinan itu disuarakan kapten pasukan, Mohd Safiq Rahim yang menjelaskan dia dan rakan sepasukan tidak sabar menanti perlawanan itu bagi mengesahkan tiket ke perlawanan akhir.

“Kami sudah bersedia menghadapi situasi itu dan pengalaman ketika menentang Indonesia pada aksi peringkat kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno akan membantu kami mengatasinya,” katanya.

Pemain kebangsaan juga mungkin boleh mempelajari cara Filipina mengatasi tekanan penyokong dan berupaya menjinakkan juara bertahan itu dengan keputusan 2-0 semasa aksi peringkat kumpulan walaupun beraksi di hadapan kira-kira 40,000 penyokong Vietnam di stadium itu.

“Apa yang penting kami perlu mengekalkan prestasi dan corak permainan seperti malam kelmarin dan meningkatkan kekuatan mental,” jelasnya yang bertindak cemerlang dengan mencipta dua peluang kepada rakan sepasukan, Safee Sali untuk menjaringkan dua gol negara.

Dia berkata pemain kebangsaan turut perlu bersedia kerana Vietnam akan mengasak habis-habisan bagi melenyapkan kelebihan dua gol itu selain mungkin mendapat kembali khidmat empat pemain utama mereka yang tidak dapat beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Kami perlu bersedia dengan kemungkinan itu dan membaiki kekurangan yang ada namun pada pandangan saya, tahap permainan semua pemain Vietnam sama,” katanya.

Skuad kebangsaan kini selangkah ke perlawanan akhir selepas memiliki kelebihan dua jaringan pada perlawanan pertama itu sekali gus menamatkan penantian sejak kali terakhir layak di pentas akhir pada 1996.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...