Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 12, 2010

Medan lunas hutang (Berita Harian Online)

2010/12/12

Safee Sali
Safee Sali

Safee rujuk perlawanan Filipina untuk bolosi gawang Vietnam

"SAYA sudah pulih daripada kecederaan (betis), tetapi masih perlu membuktikan tahap kecergasan jika mahu diturunkan," kata penyerang kebangsaan Safee Sali yang mahu menamatkan kemarau jari­ngan pada kempen Piala AFF Suzuki.
Bagi penyerang Selangor itu, tiada pentas paling tepat selain melunaskan penantian itu apabila bertemu Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini, sekali gus memastikan barisan K Rajagobal menggenggam bekalan selesa menjelang separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu depan.

Namun Rajagobal perlu menguji kecergasan Safee dan menjadikan perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur hari ini, sebagai medan memantau calon penyerangnya itu untuk digandingkan dengan penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha.

“Tidak dinafikan Vietnam memang pasukan yang laju dan kuat, tetapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk merobek gawang mereka,” katanya. “Pada saingan peringkat Kumpulan B, Filipina sudah menunjukkan cara bagaimana untuk menewaskan Vietnam.

“Jadi tidak mustahil kami mengulangi kejutan ke atas juara bertahan itu,” kata Safee.

Dalam pada itu, Rajagobal berharap pemain yang cedera dan demam akan pulih sepenuhnya Rabu ini untuk cuba ‘mengejutkan’ pasukan juara bertahan itu.
“Mereka mampu menewaskan Vietnam sekiranya beraksi dengan penuh keyakinan dan tidak memandang lawan terlalu tinggi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...