Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, December 27, 2010

Maradona nak saman Grondona (Kosmo)



PERSELISIHAN faham antara Maradona dengan Grondona kini semakin tegang.

BUENOS AIRES - Hubungan tegang antara Diego Maradona dan Persatuan Bola Sepak Argentina memasuki episod baru apabila pemain legenda itu mengugut untuk menyaman presidennya, Julio Grondona.

Kedua-dua tokoh itu bergaduh secara terbuka sejak Piala Dunia di Afrika Selatan se- lepas Argentina dibelasah 4-0 oleh Jerman pada suku akhir.

"Saya tidak peduli pasal Grondona dan saya bersedia berjumpa peguam saya untuk mengambil tindakan ke atasnya. Dia sudah hilang kawalan diri," kata Maradona.

Pada Khamis lalu, Grondona, 79, mengutuk Maradona yang menganggapnya sebagai seorang yang nyanyuk.

"Saya tidak nyanyuk dan saya juga tidak menjual maklumat. Suatu ketika dia suka anda tetapi kemudian dia benci.

"Tentu ada sebabnya jadi begini, siapa tidak kenal dia (Maradona). Semua orang tahu tentangnya," kata Grondona merujuk penglibatan Maradona dengan dadah.

Maradona bagaimanapun menafikannya sehari selepas itu dengan berkata, dia sudah bebas dari- pada pengaruh dadah dan alkohol.

"Sudah enam tahun saya tidak menyentuhnya termasuk segelas wain sekalipun," jelasnya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...