Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 15, 2010

'Manafaatkan gelanggang sendiri' (Harian Metro Online)

Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

PASUKAN bola sepak kebangsaan perlu memanafaatkan peluang beraksi di halaman sendiri sepenuhnya dengan meraih kemenangan sekali gus mendapat kelebihan gol ketika pertembungan pertama separuh akhir kejohanan Piala Suzuki AFF menentang Vietnam, esok.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, ia penting sebagai bekalan selesa sebelum berkunjung ke stadium keramat di Vietnam pada pertarungan timbal balik yang dijadual berlangsung 18 Disember ini.

“Kita perlu jaringan tambahan kerana sedia maklum suasana stadium pada perlawanan kedua di Vietnam pasti berbeza,” katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, Tengku Abdullah sedar Vietnam tidak akan memberi laluan mudah dan beliau mengakui pasukan itu sangat kuat.

“Tapi ia tidak bermaksud kita tidak boleh mengalahkan mereka. Kita harus ingat, pasukan negara dibarisi pemain muda dan segala-galanya tidak mustahil.

Pertembungan antara anak buah K Rajagobal dengan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka berlangsung sengit.

Justeru, Tengku Abdullah berharap, peminat bola sepak tempatan membanjiri Stadium Nasional esok bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan negara.

Hingga kini, Malaysia hanya meraih kemenangan sekali ke atas Vietnam sepanjang lima pertemuan pada kejohanan Piala Suzuki.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...