Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, December 27, 2010

Man United Gah Dipersada Liga - http://www.bolasepak.com


Manchester United selesa mendahului Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Sunderland 3-1 sekali gus menyaksikan mereka berada dua mata dibelakang pencabar terdekat Manchester City yang telah bermain lebih dua perlawanan.

Red Devils turut menjarakkan jurang dengan pencabar utama, Arsenal sebanyak lima mata sementara Chelsea 6 mata. Arsenal dan Chelsea akan bertemu sesama sendiri awal pagi esok untuk meneruskan cabaran mereka merebut gelaran juara liga musim ini.

Nani dan Darren Fletcher tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini akibat kecederaan dan situasi tersebut memberi ruang kepada Ryan Giggs untuk menjadi arkitek buat United.

United hanya memerlukan lima minit untuk membuka tirai jaringan melalui hantaran cantik Wayne Rooney kepada Dimitar Berbatov yang mudah menyempurnakannya.

Sementara itu, Manchester City menjadi pencabar terdekat jirannya, United selepas mencatatkan kemenangan keenam berturut - turut di tempat lawan musim ini dan merupakan satu - satunya pasukan yang berjaya melakukannya bagi musim ini.

Kemenangan 3-1 ke atas Newcastle menyuntik semangat anak buah Roberto Mancini yang telah bermain lebih dua perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...