Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 25, 2010

'Malaysia Boleh' genggam Piala Suzuki 2010 (Utusan Malaysia Online)

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah buat skuad bolasepak kita kerana mara sejauh ini dalam Piala Suzuki AFF 2010 dengan mengharungi perlawanan akhir menentang Indonesia pada 26 dan 29 Disember ini, masing-masing di Kuala Lumpur dan Jakarta.

Saya amat berbangga dengan kemampuan ramai pemain Skuad Harimau Muda yang semakin menunjukkan keazaman dan kemampuan mereka. Gerak Khairul Fahmi yang tangkas mengawal gawang dan kekal tenang.

Pemain tengah seperti S. Kunanlan yang sangat bertenaga dan licik harus dipuji. Kita perlu lebih ramai pemain yang tidak kenal penat lelah seperti ini dan berada di segenap penjuru.

Safiq Rahim yang bijak merencana ruang walau pun dengan ketinggian yang terhad. Kita tidak mempunyai pemain dengan kawalan bola individu yang tinggi, maka saya berharap jangan kerap ulangi kesilapan memegang bola atau menggelecek terlalu lama. Cukup sekadar satu dua langkah sahaja.

Begitu juga semasa membuat clearance. Hanya pemain dengan kepantasan berfikir dan tenang sahaja mampu membuat clearance yang boleh mendatangkan masalah kepada pihak lawan melalui serangan balas yang pantas.

Saya berharap agar stadium kebanggaan kita, Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi dengan penyokong Malaysia dari seluruh pelosok tanah air. Mereka yang berjiwa patriotik dengan bersemangat kesukanan untuk negara.

Skuad bolasepak kita akan 'bersendirian' melawan gelora dan badai di Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir kedua nanti. Kita bersatu di bawah 1Malaysia. Sorakkan Malaysia Boleh!

Emzeti

Changlun, Kedah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...