Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 16, 2010

Malaysia 2 Vietnam 0 (Berita Harian)

Oleh Harris Rajahdin dan Syed Riduan Ahmad

2010/12/16

SAFEE (kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan, S Kunanlan ketika aksi separuh akhir menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan
SAFEE (kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan, S Kunanlan ketika aksi separuh akhir menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan

Safee ledak dua gol; Anak buah Rajagobal sebelah kaki di final

SAFEE Sali menjaringkan dua gol berharga untuk memberi bekalan selesa buat skuad negara bagi perlawanan kedua di Hanoi, Sabtu ini selepas membantu barisan didik K Rajagobal yang tampil memperagakan aksi garang menewaskan Vietnam 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Tidak dinafikan skuad muda negara harus diberikan segala pujian atas komitmen dan semangat tinggi ditonjolkan sepanjang saingan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF – intipati yang membutirkan kemenangan penting buat menyalakan impian layak ke final buat kali kedua sejak 1996.
Lautan penyokong tempatan yang membanjiri stadium serta kelompok kecil penyokong Vietnam berpakaian serba kemerahan turut mengapikan semangat perjuangan pemain tuan rumah ketika berjaya menyajikan persembahan terpuji penuh dominasi di laman sendiri

“Setiap pemain bertindak seperti diarah dan ini punca kemenangan pasukan malam ini (malam tadi). Kami berjaya mengawal permainan dan seharusnya menjaringkan gol pada babak pertama. Tapi tugas masih belum selesai, pemain begitu gembira pada saat ini,” kata Rajagobal.

Safee yang hanya dimasukkan selepas senarai kecederaan yang bertambah serta diketepikan daripada Sukan Asia 2010, menanduk padu sepakan percuma kapten, Safiq Rahim pada minit ke-60 walaupun usahanya terkena tangan penjaga gol, Bui Tan Truong.

Penyerang Selangor itu kemudian memastikan Malaysia memiliki kelebihan selesa untuk dipertahankan dalam tempoh tiga hari lagi apabila pantas menyambar bola muntah Tan Truong yang gagal menangkap kemas rembatan deras Safiq, 10 minit sebelum tamat permainan.

Ia adalah habuan terbaik buat barisan K Rajagobal yang banyak menguasai perlawanan dengan gerakan pantas yang sering mengucar-kacirkan pertahanan lawan, manakala berjaya mengehadkan Vietnam kepada percubaan jarak jauh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...