Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Mahali senasib dengan Okto (Kosmo Online)



MAHALI (depan) dan Oktavianus turut terlepas aksi kedua akibat kad kuning.


JAKARTA - Layangan kad kuning kepada Oktovianus Maniani seawal minit kelima pada aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2010 kelmarin mengesahkan pemain sayap kiri Indonesia itu tidak dapat beraksi pada final kedua di sini malam esok.

Namun, khabar gembira yang sepatutnya dimiliki skuad kebangsaan itu tidak berpanjangan apabila pemain bek kanan, Mahali Jasuli yang ditugaskan mengawal kelincahan Oktovianus turut digantung.

Mahali, 21, telah menerima kad kuning pada minit ke-86, sekali gus terlepas aksi kedua malam esok kerana sudah menyimpan satu kad kuning ketika aksi separuh akhir.

"Perasaan saya ketika ini bercampur baur. Saya gembira kerana kita mencatat kemenangan selesa 3-0 tetapi pada masa sama cukup kecewa tak dapat beraksi Rabu ini (esok).

"Tetapi saya berkeyakinan tinggi yang pengganti saya nanti iaitu Sabre Mat Abu dapat menjalankan tugas dengan baik kerana Indonesia sudah kehilangan Oktovianus," katanya ketika ditemui Kosmo! di Hotel Sultan, Jakarta semalam.

Kelibat Mahali pada aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin mungkin boleh dianggap aksi terbaik pernah dipamerkan pemain Harimau Muda A yang berasal dari Selangor itu.

Hantaran lintang Ma- hali dari sebelah kanan berjaya ditanduk masuk oleh Safee Sali untuk gol ketiga Malaysia pada perlawanan tersebut.

Malah gerakan solo Mahali pada minit ke-79 hampir menghasilkan gol keempat Malaysia tetapi percubaan kaki kirinya berjaya diselamatkan penjaga gol Indonesia, Markus Harison.

"Saya sudah berikan yang terbaik untuk pasukan. Cuma ini sajalah perlawanan kemuncak bagi saya kerana tidak dapat beraksi pada Rabu ini," ujar Mahali yang mata kanannya lebam akibat disiku Oktovianus kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...