Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 9, 2010

Khyril mahu tebus kesilapan (Kosmo Online)


KHYRIL Muhymeen (kanan) akan pastikan setiap peluang yang diperolehnya pada perlawanan terakhir Kumpulan A menentang pasukan Laos malam ini disempurnakan sebaik mungkin.


PEMAIN sayap skuad kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri bertekad untuk menebus kegagalannya menjaringkan gol ketika bertemu Thailand, Sabtu lalu.

Pada aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Jaka Baring, Palembang malam ini, Khyril, 23, sudah bersedia untuk menampilkan aksi terbaiknya jika diturun- kan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal.

"Jika beraksi esok (malam ini), harap rezeki untuk menjaringkan gol memihak kepada saya dan rakan-rakan sepasukan lain. Saya sendiri sudah lama tak menjaringkan gol untuk Malaysia setelah berehat panjang akibat kecederaan sebelum ini.

"Lagipun saya mahu menebus kegagalan menyempurnakan peluang terbuka ketika bertemu Thailand Sabtu lalu. Kali ini saya akan buat yang terbaik untuk membantu kemenangan ke atas Laos," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Palembang petang semalam.

Khyril sebelum ini merupakan tonggak utama skuad kebangsaan dengan aksi lincahnya menggerakkan bahagian sayap dan serangan sebelum diketepikan akibat kecede- raan lutut ACL ketika aksi persaha- batan menentang Kenya pada Ogos 2009.

Sekembalinya daripada rehat panjang, Khyril masih mencari sentuhan lamanya pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou bulan lalu apabila masuk sebagai pemain gantian ketika bertemu Jepun dan beraksi dalam kesebelasan utama ketika bertemu Iran di pusingan kedua.

Dia tidak beraksi pada perlawa- nan sulung Piala AFF Suzuki menentang Indonesia pada Rabu lalu tetapi masuk menggantikan Amirulhadi Zainal pada minit ke-39 ketika aksi bertemu Thailand, Sabtu lalu.

"Saya akui memang sudah kehi- langan sentuhan dan daya pecutan selepas berehat lama. Tetapi jurulatih sentiasa beri keyakinan supaya saya dapat mengembalikan aksi seperti sebelum ini.

"Insya-Allah pertemuan dengan Laos ini saya mampu memberikan aksi lebih baik sambil dibantu rakan-rakan sepasukan lain yang jelas kini semakin bersemangat selepas perlawanan dengan Thailand.

"Lagipun kita hampir pasti akan bertemu Filipina jika layak ke sepa- ruh akhir. Jadi semua pemain begitu teruja untuk menewaskan Laos sambil mengharapkan Thailand sekadar seri atau tewas," jelas Khyril.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena