Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 14, 2010

Khairul Fahmi tagih sokongan pertahanan (Utusan Malaysia Online)


Penjaga gol pasukan kebangsaan , Khairul Fahmi Che Mat menjalani latihan gigih dalam persiapan menghaapi Vietnam di padang FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF


KUALA LUMPUR - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menagih sokongan dan bantuan penuh daripada rakan-rakan di benteng pertahanan untuk menangani asakan Vietnam yang dijangka menyerang dari semua sudut apabila kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Tegas Khairul Fahmi, kapten Vietnam, Nguyen Minh Phuong pemain yang perlu diberi tumpuan kerana amat berbahaya dan bijak mencipta peluang untuk mendapatkan jaringan, selain berupaya menaikan semangat pemain.

Malah, Khairul Fahmi juga yakin serangan akan datang bertali arus di bahagian kiri, kanan dan tengah. Justeru, pemain Kelantan itu menagih bantuan daripada pertahanan untuk mengekang asakan lawan.

Katanya, pergerakan penyerang pasukan Vietnam amat laju, malah dia sendiri bersedia untuk menghadapi serangan yang mahu menguji kemampuannya itu.

''Saya tahu mereka mempunyai kelebihan daripada aspek kelajuan pemain tetapi itu bukan penghalang buat saya dan rakan-rakan untuk gentar.

''Kami yakin dengan kemampuan kami dan saya juga amat yakin dengan pemain pertahanan kita yang amat berani,'' katanya pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.

Esok Malaysia bakal berhadapan skuad senior Vietnam yang turun selaki penyandang juara.

Khairul Fahmi berkata, selain serang Vietnam, keupayaan pemain tengah mereka juga perlu diberi perhatian serius.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...