Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 15, 2010

'Kerja rumah' Khairul (Harian Metro Online)

SETAKAT ini, namanya sudah dua kali tersenarai sebagai penjaga gol utama skuad kebangsaan tetapi Khairul Fahmi Che Mat tidak berani mendabik dada ketua jurulatih, K Rajagobal pasti memilihnya untuk turun menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Khairul Fahmi menjadi benteng terakhir dipertaruhkan Rajagobal bagi menggantikan Sharbinee Alawee Ramli ketika menentang Thailand dan Laos pada saingan peringkat kumpulan dan dia hanya melepaskan satu gol iaitu ketika Malaysia menang 5-1 ke atas Laos, di Stadium Jaka Baring, Palembang, 7 Disember lalu.

“Sama ada saya atau Sharbinee diturunkan tidak penting. Yang penting ialah kami perlu berusaha mengekang lawan daripada membolosi gawang. Kami bermain sebagai satu pasukan dan saya pasti memberikan sokongan penuh walaupun mungkin terpaksa berbuat demikian daripada bangku simpanan.

“Sekarang ini, suasana dalam pasukan sudah lain dan persiapan kami berjalan dengan baik. Semua pemain mahu mencatat kejayaan di Bukit Jalil dan kami sudah sepakat mahu ke perlawanan akhir,” kata Khairul Fahmi.

Sebagai penjaga gol, dia sudah membuat 'kerja rumah' sendiri menjelang pertemuan dengan Vietnam termasuk meneliti rakaman beberapa perlawanan skuad juara bertahan itu ketika aksi di peringkat kumpulan.

“Saya meneliti pergerakan pemain bahagian atas skuad Vietnam dan serba sedikit saya sudah faham corak serangan mereka. Sebagai penjaga gol, saya perlu faham dengan pergerakan lawan kerana ia boleh membantu saya kalau diturunkan. Saya juga kenal pemain mereka yang mampu mencipta jaringan.

“Untuk itu, saya akan sentiasa berkomunikasi dengan pemain di bahagian pertahanan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...