Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 14, 2010

Kelantan sukar adun skuad mantap (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU - Juara Piala Malaysia, Kelantan berdepan saat getir dalam membentuk skuad mantap bagi mengharingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ,Tan Sri Annuar Musa berkata, ini disebabkan tiga bintang utamanya termasuk ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin berhijrah.

Difahamkan, KAFA hanya akan mendaftar 22 atau 23 pemain daripada 25 pemain sebelum tarikh tutup pendaftaran mereka dalam Liga-M pada 15 Disember ini, kerana tidak sempat untuk mencari pengganti ketiga-tiga tonggak tersebut.

"Inilah akibatnya apabila tiga pemain tersebut meninggalkan pasukan tanpa notis rasmi dan pada akhir musim, sukar untuk mengisi pengganti mereka.

"Kesan pada pasukan adalah besar, perancangan tergendala dan pelan Red Warriors terjejas, penaja KAFA juga turut terjejas," kata Annuar kepada Utusan Malaysia semalam.

Selain Indra, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose turut menyertai pasukan lain.

Ekoran itu, Annuar kecewa sambil mendakwa pemain tersebut meninggalkan pasukan tanpa notis rasmi dan ia melanggar kontrak.

Beliau menggesa Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjalankan siasatan terhadap ketiga-tiga pemain terbabit.

Selain tiga pemain ini, Kelantan turut kehilangan Akmal Rizal Rakhli dan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein.

Annuar, yang Timbalan Presiden FAM berkata, KAFA juga sedang menimbangkan untuk menuntut ganti rugi daripada tiga pemain terbabit, kerana melanggar kontrak.

"Kita telah meminta peguam untuk meneliti kes ini kerana kerugian dan kerosakan tidak dapat dinilai, kesannya amat buruk kerana tiga pemain ini adalah pemain kesebelasan utama," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...