Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 12, 2010

Kelantan juara (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU – Pemain veteran, Khairan Ezuan Rosli muncul wira Kelantan pada penentuan sepakan penalti bagi memberikan kemenangan 4-3 ke atas Kedah pada perlawanan akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, semalam.

Kejayaan itu mengulangi sejarah pada tahun 2008 apabila Kelantan menjadi juara selepas membenam Pulau Pinang 4-0.

Manakala Kedah terus kempunan buat dua tahun berturut-turut, apabila kalah 0-2 kepada Perlis pada final tahun lalu.

Pada sepakan penalti terakhir, kedudukan terikat 3-3 selepas kedua-dua pasukan gagal menyempurnakan satu sepakan namun penjaga gol Kelantan, Mohd. Shahrizan Ismail berjaya menampan tendangan Wan Mohd. Asyraf.

Khairun, yang diletakkan sebagai penyepak terakhir Kelantan, mudah menyempurnakan sepakan bagi memastikan kejayaan Kelantan sebagai juara edisi ke-30.

Kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan gol sepanjang 120 minit permainan yang memaksa pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Kecekapan penjaga gol Kedah, Mohamad Al-Hafiz Al-Hamzah turut menafikan hajat Kelantan untuk mencipta sebarang jaringan walaupun banyak mengasak melalui gerakan pemain lincah, Che Hisammudin Hassan.

Kedah yang dibarisi beberapa pemain Liga Super Kedah seperti Shafizan Hashim dan Fauzi Shaari, hanya melancarkan beberapa serangan balas, namun gagal memberikan sebarang ancaman serius kepada kubu Kelantan.

Kemenangan itu membolehkan Kelantan membawa pulang hadiah RM30,000.

Pemain Kelantan, Rosairil Asrol Mat Nor dinobatkan Pemain Terbaik perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...