Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 14, 2010

'Kejayaan Kijang sudah dijangka' (Harian Metro Online)

KEJAYAAN pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan menundukkan pasukan Kedah pada perlawanan akhir di Stadium Muhamad IV, kelmarin sudah dijangka pengurusan pasukan.

Rekod pasukan Kijang pada perlawanan sebelum ini memberikan keyakinanmerangkul piala kedua tahun ini selepas berjaya memenangi Piala Malaysia.

Pengurus pasukan, Nudin Awang menganggap kejayaan menewaskan Kedah amat bermakna.

Katanya, kemampuan mencapai kemenangan berterusan menunjukkan pasukan itu mempunyai kekuatan tersendiri.

“Kami menjadi pilihan merangkul kejuaraan tahun ini. Saya gembira kerana berjaya merampas kembali trofi ini,” katanya.

Pada final kelmarin, Kelantan menundukkan Kedah menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa perlawanan sebenar.

Sementara itu, ketika ditanya ganjaran buat pasukan, Nudin berjanji memberikan bonus kepada pemain dan pegawai yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan Kelantan.

“Kami sudah peruntukkan RM15,000 sebagai bonus kemenangan selain hadiah kemenangan RM30,000. “Saya juga akan membawa pemain menunaikan umrah akhir Mac selain ganjaran daripada kerajaan negeri yang sudah berjanji sekiranya berjaya menjadi juara pertandingan tahun ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...