Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 11, 2010

Kedah enggan kempunan lagi (Harian Metro Online)

KEDAH bertekad menebus kehampaan tewas pada final Piala Emas Raja-Raja tahun lalu dengan menewaskan Kelantan, hari ini.

Ketua pasukan, Shafizan Hashim berkata, semua pemain akan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di Kota Bharu selepas gagal melakukannya tahun lalu.

“Tahun ini semangat kami lebih tinggi untuk menjulang piala ini,” katanya.

Seorang lagi pemain, Wan Asyraf Wan Ali turut berharap Kedah membawa balik trofi Piala Emas Raja-Raja.

“Kami mahu hadiahkan kemenangan itu kepada peminat Kedah yang tidak jemu-jemu memberi sokongan,” katanya.

Pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman tahun lalu, Perlis muncul juara selepas menewaskan Kedah 2-0.

Pengurus Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Muhamad Shakri Mat yakin, aksi di gelanggang lawan tidak meleburkan semangat anak buahnya.

“Kami jangka perlawanan sengit kerana Kelantan memiliki pemain muda berbakat. Mereka juga memenangi Piala Malaysia baru-baru ini dan sudah tentu yakin memenangi perlawanan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...