Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 12, 2010

Kedah berazam tebus kekecewaan (Kosmo Online)


PEMAIN Kedah mendengar taklimat daripada jurulatih selepas sesi latihan mereka di Alor Setar semalam.


KEDAH mahu menebus kehampaan mereka yang tewas pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja tahun lepas dengan memenangi kejuaraan itu tahun ini setelah sekali lagi layak ke perlawanan akhir.

Tahun ini, mereka akan membuat perhitungan dengan Kelantan pada perlawanan akhir.

Ketua pasukan, Shafizan Hashim berkata mereka akan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan akhir itu yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu malam ini.

Tahun lalu, impian mereka disekat oleh Perlis.

"Walaupun tahun lepas kita kalah, tidak bermakna kita akan terus kecundang. Tahun ini semangat kita lebih tinggi untuk menjulang piala tersebut," katanya di Alor Setar semalam.

Seorang lagi pemain, Wan Asyraf Wan Ali berkata, beliau berharap agar Kedah dapat membawa balik Piala Emas Raja-Raja tahun ini.

"Kita mahu hadiahkan kemenangan itu kepada peminat bola sepak Kedah yang tidak jemu-jemu menyokong kita," katanya.

Pada perlawanan akhir di Stadium Darul Aman tahun lepas, Perlis muncul juara setelah mengalahkan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir.

Pengurus skuad Kedah, Muhamad Shakri Mat berkata, walaupun ber- main di gelanggang lawan tetapi semangat yang ada pada setiap pemain Kedah amatlah tinggi.

"Kita menjangkakan perlawanan malam esok (malam ini) sengit kerana kita tahu Kelantan mempunyai pemain-pemain muda yang berbakat. Mereka juga baru sahaja memenangi Piala Malaysia baru-baru ini, jadi sudah tentu mereka mempunyai keyakinan yang tinggi menjelang per- lawanan akhir ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...