Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Kata semangat media (Harian Metro Online)

WALAUPUN mempunyai harapan tipis untuk menafikan kejayaan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF, ia tidak mematahkan semangat rakyat Indonesia untuk memberikan semangat kepada skuad Sang Garuda itu menjelang perlawanan akhir kedua malam esok.

Media tempatan memainkan peranan besar dengan membangkitkan kata-kata semangat dan sokongan padu kepada skuad kebangsaannya dengan pelbagai tajuk utama seperti Dunia belum kiamat, bangkitlah! (akhbar Pos Kota), Indonesia Perlu Belajar (Kompas) dan Berat Perjuangan Tim Garuda (Bali Post).

Malah keyakinan itu turut disuarakan sendiri Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mahu rakyat Indonesia supaya terus memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara itu di Stadium Gelora Bung Karno malam esok.

Ketika ditemuramah salah satu siaran televisyen di Indonesia, Susilo menjelaskan peluang masih ada di perlawanan akhir kedua untuk mereka bangkit.

Rata-rata rakyat Indonesia menyalahkan pancaran laser yang didakwa dipancarkan kearah pemain mereka terutamanya penjaga gol, Markus Harison Ririhana sebagai punca kekalahan 3-0 itu. Pada perlawanan di Stadium Nasional pada Ahad lalu, perlawanan terpaksa dihentikan selama lapan minit pada separuh masa kedua apabila pemain Indonesia bertindak keluar padang selepas dikatakan terdapat pancaran laser dipancarkan ke arah mereka.

Indonesia di bawah pimpinan jurulatih Alfred Riedl kini memerlukan empat gol bagi memastikan kejuaraan milik skuad Merah Putih itu selepas Malaysia menewaskan mereka dengan keputusan 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...