Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 31, 2010

Kapten Indonesia minta maaf kepada penyokong (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Kapten pasukan Indonesia, Firman Utina memohon maaf kepada penyokong fanatik Indonesia ekoran kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti sewaktu menentang skuad Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Bung Karno, Jakarta, semalam.

Kompas melaporkan, pemain Gelandang Sriwijaya FC itu memberi isyarat dengan merapatkan kedua-dua tangannya sebagai tanda memohonan maaf kepada penyokong ketika dia dibawa keluar untuk digantikan oleh Eka Ramdani pada minit ke-56.

Indonesia memiliki peluang terbaik untuk merapatkan defisit jaringan setelah skuad Sang Garuda ketinggalan 0-3 sewaktu perlawanan timbal balik pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.

Namun, Firman mensia-siakan peluang keemasan tersebut apabila sepakan penalti yang diambilnya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, kemenangan skuad Harimau Malaya ternyata mengecewakan ribuan penyokong Indonesia yang meninggalkan stadium apabila pasukan republik itu ketinggalan 0-1 setelah penjaring terbanyak kejohanan, Safee Salee mencetak gol sulung dan sekali gus menjadikan keputusan agreget 4-0.

Kompas melaporkan, ledakan jaringan Safee itu turut melenyapkan tiupan trumpet yang sebelum itu bergema di stadium berkenaan dan kira-kira 13,000 penyokong telah beredar dengan wajah yang cukup hampa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena