Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 18, 2010

Jangan gentar! (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad

2010/12/18

pix_gal0
Rajagobal harap anak buah bermain seperti biasa, elak kesilapan

K RAJAGOBAL tetap optimis dengan peluang anak buahnya untuk mara ke final walaupun lawan, Vietnam kembali mendapat khidmat tiga tonggaknya yang tidak beraksi pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

“Sebagai jurulatih saya perlu optimistik dengan keupayaan skuad negara,” kata Rajagobal dalam sidang media di Hanoi semalam menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh malam ini. “Tiada yang mustahil jika pemain mempamerkan permainan konsisten seperti ditunjukkan sebelum ini.

“Walaupun ada tiga pemain yang sebelum ini tidak dapat beraksi kerana digantung dan mengalami kecederaan kembali beraksi, itu tidak mengubah corak persiapan kami untuk menghadapi Vietnam.”

Ketika sesi latihan pertama di Kuala Lumpur, Rajagobal memberi tumpuan terhadap corak kesebelasan utama Henrique Calisto tanpa mengetepikan pemain lawan yang tidak beraksi. “Saya rasa pemain sudah bersedia menangani skuad utama Vietnam,” kata Rajagobal.

Pada pertemuan Rabu lalu, pemain tengah Nguyen Trong Hoang digantung tetapi dijangka kembali diturunkan manakala Doan Viet Cuong dan Phan Van Tai Em turut diramal membarisi kesebelasan utama Calisto malam ini.

“Tidak ada apa yang perlu ditakutkan,” kata Rajagobal. “Mereka hanya perlu bermain seperti biasa dan mengelak daripada sebarang kesilapan. Kita akan cuba mempertahankan kelebihan gol dan mencari gol tambahan bagi melebarkan peluang ke final.”

Vietnam perlu menjaringkan tiga gol untuk mengatasi dua gol Malaysia secara agregat, tetapi jika Malaysia menambah satu gol, skuad Calisto perlu membolosi Khairul Fahmi Che Mat lebih empat kali untuk menjamin tiket ke final.
Rajagobal dijangka menurunkan barisan sama seperti di Bukit Jalil tetapi keutamaan kali ini diberikan untuk memperkuatkan benteng pertahanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...