Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 15, 2010

'Itu bola sepak palsu' (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/12/14

CALISTO (kanan) ketika sesi latihan di Kuala Lumpur, semalam.
CALISTO (kanan) ketika sesi latihan di Kuala Lumpur, semalam.

"ITU bola sepak palsu!" Begitulah bunyi komen sinis jurulatih Vietnam, Henrique Calisto mengenai pasukan Filipina yang menampilkan lapan pemain import memperkuatkan cabaran mereka di Piala Suzuki AFF, musim ini.

“Saya boleh terima jika ada tiga pemain import, tetapi lapan pemain – itu bukan lagi pasukan Filipina sebenar,” kata Calisto ketika ditemui pada sesi latihan di Persada Plus menjelang pertemuan separuh akhir menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Pada saingan peringkat Kumpulan B di Hanoi, tuan rumah yang turun sebagai juara bertahan dikejutkan Filipina pada perlawanan kedua apabila tewas 2-0 kepada barisan dikendali Simon McMenemy dari England.

“Saya tidak nafikan Filipina mempunyai kelebihan pada segi fizikal dan boleh dianggap yang terkuat antara empat pasukan separuh akhir ini,” kata Calisto. “Mereka tidak layak pada edisi sebelumnya, tetapi kali ini, permainan mereka meningkat mendadak.

“Jika mereka fikir dengan mengambil lapan pemain luar cara terbaik untuk menaikkan nama Filipina dalam bola sepak, terpulang kepada mereka. Tetapi secara jujur saya rasakan itu bukan cara terbaik memajukan bola sepak negara.

Jurulatih berusia 57 tahun itu mula mengendali kelab bola sepak di Vietnam sejak 2001 dengan dua kali menjuarai Liga Vietnam. Dia turut menerajui pasukan kebangsaan negara itu menjuarai Piala Suzuki AFF pada 2008 dan tempat ketiga pada 2002.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena