Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 29, 2010

'Ini sukan... tak perlu takut' (Kosmo Online)


SEGELINTIR penyokong Indonesia yang melakukan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia, Hotel Sultan di Jakarta semalam.


“TIADA apa yang nak ditakutkan. Ini acara sukan, bukan medan peperangan.” Itu tegas para penyokong Malaysia meski- pun ada keraguan berhubung tahap keselamatan pada perlawanan akhir kedua Kejo- hanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang akan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta malam ini.

Sekumpulan 300 penyokong skuad kebangsaan tetap mahu bersama skuad negara apabila menentang Indonesia pada perlawanan akhir kedua itu malam ini.

Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta semalam bagi menemani skuad kebangsaan apabila ber- depan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.

Presiden SSFC, Mohd. Nasir Mohd. Yunus berkata, kehadiran penyokong negara di Indonesia telah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.

“Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan sahaja dan tidak akan merebak di luar stadium, namun saya ingatkan penyokong negara agar sentiasa berwaspada,” katanya semalam.

Semalam, beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan negara kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Sehingga kini belum diketahui jumlah penyokong Malaysia yang akan bertandang ke stadium tersebut walaupun dilaporkan sejumlah 5,000 tiket telah diperuntukkan untuk mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika ditanya di Jakarta berkata, penyokong Malaysia tetap ada, namun dijangka tidak seramai penyokong Indonesia semasa perlawanan di Bukit Jalil.

Pada Ahad lepas, kira-kira 15,000 penyo- kong Indonesia berada di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir pertama.

Kehadiran mereka dilayan dengan baik tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Begitu juga yang kami harapkan apabila penyokong Malaysia datang ke Jakarta untuk menyaksikan perlawanan ini,” kata Mohd. Nasir.

Beliau dan penyokong lain berharap dapat mengiringi kepulangan skuad kebangsaan bimbingan jurulatih K. Rajago- pal itu bersama Piala Suzuki.

Sementara itu, kumpulan Ultras Malaya juga akan mengumpulkan peminat bola sepak tempa- tan menonton siaran langsung perlawa- nan tersebut menerusi skrin besar di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam seawal pukul 7 malam ini.

Wakil kumpulan itu, Mohd. Azrul Mohd. Hussin, 25, berkata, mereka berjaya mengumpul lebih 100 penyokong untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua ketika Malaysia menentang Vietnam pada 18 Disember lepas dan kali ini berharap lebih ramai akan turut sama.

Sementara itu, sebilangan penyokong pasukan Indonesia berkumpul di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta untuk menunjuk perasaan ekoran tidak puas hati selepas pasukan mereka tewas 0-3 pada aksi pertama di Bukit Jalil, Ahad lepas.

Mereka membawa kain rentang yang ditulis perkataan: Tak Ada Tempat Yang Aman Untuk Penonton Timnas Malaysia Di Jakarta!!!; “Raja Gombal..” Di Jakarta Kami Hancurkan; ‘No Laser, Only Foot- ball’.

Begitupun, tindakan penyokong Indonesia itu tidak menjejaskan fokus skuad negara dan mereka menghadapinya dengan tenang tanpa ada perasaan gementar.

Apa yang pasti, tindakan penyokong pasukan tuan rumah itu sangat memalukan kerana pasukan mereka disambut dengan penuh hormat ketika bertandang ke Kuala Lumpur.

Ia juga membuktikan bahawa skuad Indo- nesia tidak ada keyakinan pada diri sendiri dengan meminta sokongan peminat berbuat demikian dengan harapan dapat melunturkan semangat pemain negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...