Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 16, 2010

Hasil kerja sepasukan: Safee (Berita Harian Online)

Oleh Harris Rajahdin dan Syed Riduan Ahmad

2010/12/16

PEMAIN negara sambil disokong ribuan penonton merai kemenangan ke atas Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
PEMAIN negara sambil disokong ribuan penonton merai kemenangan ke atas Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Tugas kami belum selesai, pemain begitu gembira: Rajagobal

“SAYA bersyukur dapat menjaringkan dua gol malam ini,” kata Safee Sali.

Penyerang Selangor harus dijulang selaku wira skuad bola sepak negara selepas menyumbang dua gol ketika membantu tuan rumah menewaskan Vietnam 2-0 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Dia menambah: “Ia adalah hasil kerja berpasukan yang cukup mantap sebaik permainan bermula. Pada awalnya, Vietnam bermain dengan pantas, tetapi kami sabar menahan asakan sehingga muncul peluang kita untuk menjaringkan gol.

“Kemenangan ini adalah bekalan selesa untuk dibawa ke Hanoi nanti dan saya harap kita dapat mengekalkan kelebihan pada perlawanan separuh akhir kedua itu.”

Safee yang sebelum ini mencetus kebimbangan akibat kecederaan dikutipnya pada saingan peringkat kumpulan di Jakarta, kembali menemui sentuhan jaringan dengan menyempurnakan gol menerusi tandukan minit ke-60 dan tolakan mudah minit ke-80.

Mengenai perlawanan kedua di Hanoi, Sabtu ini, dia berkata: “Saya akan cuba mencari gol di tempat lawan pula supaya peluang kita melangkah ke final cerah.”

Sementara itu, jurulatih pasukan, K Rajagobal menyuarakan Vietnam adalah pasukan kuat tapi memberi pujian kepada anak didiknya atas usaha baik ini.

“Perbezaan malam ini, pemain begitu mahukannya. Kami akan memfokuskan terhadap perlawanan seterusnya. Tugas masih belum selesai ini, pemain begitu gembira dengan kemenangan ini,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...