Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 25, 2010

Harap ada siaran langsung (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap kebijaksanaan pihak tertentu dapat menimbang semula siaran langsung perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Indonesia, hujung minggu ini.

Katanya, meskipun terdapat stesen televisyen berbayar yang menyiarkan aksi itu, ramai peminat sukan bola sepak tanah air mengharapkan siaran penuh di stesen milik kerajaan atau stesen tidak berbayar yang lain.

"Saya faham mereka juga mempunyai kekangan sendiri untuk menyiarakan perlawanan dan ia bukan di bawah bidang kuasa KBS untuk menentukan pilihan.

"Tetapi, saya mengharapkan adanya pertimbangan dari pihak terbabit dalam membuat ketetapan nanti," jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perdana Rakan Muda, di sini semalam.

Peminat bola sepak tempatan mungkin berdepan kelewatan siaran Ahad ini kerana RTM sekadar menyiarkan pertemuan akhir Malaysia dan Indonesia pada jam 8.30 malam, iaitu lewat 30 minit dari waktu perlawanan bermua.

Ini kerana, slot pada jam 8 malam diisi dengan Berita Nasional.

Ia mungkin menimbulkan keresahan buat mereka yang tidak melanggan saluran berbayar kerana terlepas separuh babak pertama.

Tambah Ahmad Shabery, tidak semua peminat tempatan dapat memberi sokongan di stadium dan mereka sekadar menyaksikan di kaca televisyen.

"Tidak semua dapat hadir memberi sokongan di stadium sebaliknya sekadar menonton televisyen," jelasnya.

Sementara itu, Shabery turut menyeru semua pihak agar memberi suntikan kejayaan menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki 2010.

"Hari ini (semalam) bloger sukan Rizal Hashim turut mengeluarkan duit poket sendiri untuk menaikan semangat pemain."Saya harap, ini akan menjadi permulaan baru buat sukan tanah air,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...