Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 29, 2010

Hamidin yakin keselamatan terjamin (Kosmo Online)


PIHAK keselamatan Indonesia memberi jaminan bahawa penonton yang bertindak liar akan berhadapan tindakan sewajarnya.


JAKARTA - Soal keselamatan pada final kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam ini menjadi aspek yang paling diutamakan pihak berkuasa Indonesia.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau telah diberikan jaminan oleh pihak polis bahawa tiga lapisan pemeriksaan keselamatan bakal dilakukan di stadium tersebut.

"Saya bersama-sama pengurus pasukan (Datuk Subahan Kamal) serta pegawai keselamatan pasukan (Dali Wahid) telah berbincang dengan wakil pihak berkuasa di sini iaitu Pak Hengki.

"Menurut Pak Hengki, pihak berkuasa telah mengetatkan kawalan keselamatan di stadium dan juga kenderaan yang masuk ke kota Jakarta sejak dua hari yang lalu.

"Insya-Allah tahap keselamatan di sini cukup tinggi baik di stadium, hotel pasukan mahupun Kedutaan Malaysia di sini," katanya ketika ditemui Kosmo! di Hotel Sultan di sini semalam.

Jelas Hamidin, seramai 200,000 penyokong Indonesia dijangka akan hadir ke stadium dengan hanya kira-kira 80,000 boleh memasuki stadium dan selebihnya akan menonton layar besar di pekarangan stadium.

"Memang tiket semuanya habis dijual dan mereka yang gagal akan menontonnya di luar stadium.

"Jadi terdapat tiga opsyen yang telah dijelaskan pihak berkuasa buat pasukan dan penyokong Malaysia untuk keluar selepas perlawanan.

"Harap tiada apa yang buruk berlaku esok (hari ini) kerana kita datang ke sini hanyalah untuk satu perlawanan bola sepak," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena