Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Geisha ramal Garuda mampu menang 5 - 0 (Harian Metro Online)

JAKARTA: Walaupun ketinggalan tiga gol mengikut agregat, kumpulan Geisha (gambar) percaya dalam perlawanan pusingan kedua nanti Indonesia mampu mengalahkan Malaysia 5-0.

Menurut kumpulan muzik berasal dari Pekanbaru itu, Indonesia mampu membuat kejutan lebih besar dalam perlawanan esok.

Kata vokalis Geisha, Momo, kelmarin Indonesia gagal mendapat sebarang jaringan.

“Justeru tidak mustahil kali ini Malaysia pula yang kosong.

“Apa yang lebih penting, kita sama-sama berdoa,” katanya, semalam.

Seperti kebanyakan selebriti lain, Geisha turut bercadang turun ke Stadium Bung Karno untuk menyaksikan sendiri perlawanan berkenaan.

Kata Momo, dia memang kecewa dengan kekalahan 0-3 kepada Malaysia kelmarin.

“Kali ini, saya berdoa semua pemain Indonesia mampu lebih fokus kepada permainan. “Kita mempertaruhkan harga diri bangsa Indonesia di padang,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena