Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 26, 2010

Futsal SAM hangatkan final Piala AFF Suzuki(Kosmo)

KETIKA tumpuan jutaan rakyat Malaysia terarah pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil malam esok, lain pula ceritanya di kalangan wartawan sukan negara.

Ini kerana, mereka akan berentap sesama sendiri bagi merebut kejuaraan sulung Cabaran Futsal Media SAM-Astro Arena di di Arena Sukan Tertutup, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur pagi ini.

Dianjurkan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan kerjasama Silver Sports (M) Sdn. Bhd., cabaran yang bermula pagi ini pasti menghangatkan lagi demam bola sepak yang bakal meledak pada sebelah malamnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan bermula pukul 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 5 petang.

Sebanyak 24 pasukan (216 pemain) dari kalangan media arus perdana cetak dan elektronik telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara menakala RM1,000 (naib juara) RM750 (ketiga) dan RM500 (keempat).

Perlawanan tajaan Astro Arena (Saluran 801) itu turut mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM), selain sokongan penajaan daripada Futsalworks, Z-Rich, TRW.fm, 100 PLUS, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM), Sports Intelligence, Olympic Sports Hotel, Kementerian Pengajian Tinggi-UIA, MDAG, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Sportswork.

Selain pasukan media, pasukan dari kalangan penaja yang turut serta ialah Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, TRW.fm dan Olympic Sports Hotel.

Sebanyak 24 perlawanan peringkat awal akan berlangsung sebelum pasukan melangkah ke peringkat kalah mati pada sebelah petang.

Menurut Setiausaha SAM, Ahmed Faisal Jamal, pasukan-pasukan nyata bersemangat untuk merebut kejuaraan sulung, apatah lagi dengan final Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada malamnya, masing-masing mahu menunjukkan taring dan kehebatan bagi merebut hadiah wang juara sebanyak RM2,000 yang ditawarkan.

"Semua pasukan yang turut serta akan diberikan cenderahati termasuk baju T kejohanan selain makanan dan minuman secara percuma," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...