Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Coli Julia Perez menanti Malaysia (Harian Metro Online)


Julia Perez

JAKARTA: Awas skuad bola sepak Malaysia! Sebagai langkah membalas dendam atas gangguan cahaya laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil kelmarin, Julia Perez menyiapkan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok.

Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.

“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.

“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.

“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam perlawanan pusingan pertama di Kuala Lumpur kelmarin, Malaysia membuat permulaan meyakinkan apabila membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki.

Indonesia mendakwa, gangguan pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan itu menjadi punca mereka tewas teruk.

Walaupun dilihat seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktres simbol seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.

“Memang saya akan datang bersama coli laser, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya,” katanya. - Agensi

3 comments:

  1. Artis indon yg banggang, lembu....

    ReplyDelete
  2. memang bangang, takde pelajaran, sekolah tak habis darjah 6 kot...Pakar optalmologi dh kata pancaran jarak jauh tu takde bahayakan mata, mereka tetap jadikan alasan..dah kalah teruk tak mengaku. Biarkan mereka dengan sikap angkuh mereka kerana yakinlah MALAYSIA akan menang malam nanti, Allah bersama org2 yang benar dan sabar. Amin.

    ReplyDelete
  3. kita dipihak yang benar.... sama2 kita berdoa supaya indon dibelasah lagi malam ni

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...