Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 25, 2010

'Buru jaringan besar' (Utusan Malaysia Online)


Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, megah bergambar dengan berlatar belakangkan Jalur Gemilang sejurus selesai sesi latihan harian di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. – UTUSAN/RASHID MAHFOF


PETALING JAYA - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap skuad negara mampu mencapai kemenangan 3-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini sebagai bekalan selesa mereka.

Katanya, jaringan pendahuluan itu pasti menyulitkan hasrat lawan yang turun bertemankan penyokong fanatik pada perlawanan kedua di Gelora Bung Karno, Jakarta sekali gus meletakkan anak buah K. Rajagobal menghampiri piala berprestij bola sepak rantau Asia Tenggara itu.

“Saya berharap dan meramalkan kita perlu menang 3-0 di sini, sebagai bekalan selesa sebelum bertandang ke Jakarta (Rabu ini),” katanya pada sesi latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, menjelang pertembungan buku dengan ruas itu.

Mengenai ganjaran, Tengku Abdullah memilih untuk merahsiakan bentuk imbuhan sekiranya skuad negara berjaya menjulang kali pertama piala berkenaan, walaupun pelbagai pihak Indonesia awal-awal lagi mengumumkan ganjaran lumayan buat anak buah Alfred Riedl itu.

“Ganjaran bagi kejayaan mereka akan ditetapkan selepas kedua-dua perlawanan. Ia tetap ada, malah dalam kejayaan ketika beberapa perlawanan lalu, kita sudah berikannya,” katanya yang menyeru kehadiran dan sokongan ribuan penyokong Harimau Malaya ke Bukit Jalil.

Tegasnya: “Inilah detik yang dinanti-nantikan dan kepada pasukan, bermain sebaik mungkin dan kita mengharapkan dan amat memerlukan kejayaan di gelanggang sendiri daripada mereka.

“Saya yakin mereka kini bersemangat tinggi untuk melakukannya, malah saya rasa setiap kejayaan pasukan ini bakal menjadi titik tolak kebangkitan dan mutu bola sepak negara,” katanya.

Mengenai masa depan Rajagobal yang membawa skuad kebangsaan mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun, katanya: “Dia mungkin dikekalkan sebagai sebahagian barisan kejurulatihan dalam skuad Sukan SEA 2011 pula.

“Sama ada khidmatnya diteruskan pula sebagai jurulatih skuad Sukan SEA 2011, saya tidak dapat pastikan lagi, walaupun memang ada kemungkinan pada fikiran saya, dia mampu menjadi sebahagian daripada pasukan itu.

“Namun dalam masa yang sama, FAM mahu cuba memberikan pendedahan kepada jurulatih tempatan lain supaya mereka juga dapat belajar apabila memikul tanggungjawab itu,” katanya.

Rajagobal juga membimbing skuad Bawah 23 negara mengakhiri kemarau emas dua dekad Sukan SEA di Laos, tahun lalu selain ke pusingan kedua Sukan Asia di Guangzhou, bulan lalu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...