Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 18, 2010

Barisan pemain baru Lebah belum serasi (Harian Metro Online)

Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my

UJIAN pertama Johor FC dengan membariskan tujuh muka baru dalam skuad itu tampak kurang menyerlah selepas tewas 3-5 kepada Pos Malaysia, baru-baru ini. Namun, jurulatih Azuan Zain tidak panik.

Selepas menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat serta layak ke separuh akhir Piala Malaysia, skuad bergelar Lebah tetap optimis mampu mencipta keputusan terbaik tatkala saingan liga menyingkap tirai 15 Januari ini.

Kehadiran bekas kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya dan Mohd Rahman Zabul selain diperkuat kelibat penyerang Perak, Shahrizal Mohd Saad dan juga dua pemain Johor, Mohd Irfan Abd Ghani serta Mohd Radzi Jasman menjadi pertaruhan terbaik Azuan “Kombinasi pemain belum serasi terutama bahagian pertahanan yang agak kelam kabut selain posisi tengah gandingan Rezal dan Khairul Ismail juga masih tidak berkesan.

“Saya tidak gusar dengan kegagalan pemain baru menyesuaikan diri kerana masih ada tempoh kurang sebulan untuk membentuk kesebelasan mantap menerusi beberapa siri perlawanan persahabatan yang dirancang.

“Rezal dipilih sebagai kapten pada musim baru memandangkan dia memiliki pengalaman sama ketika menyarung jersi Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau juga mengakui corak permainan yang diterapkan ketika tewas kepada Pos Malaysia iaitu 4-4-2 tampak kurang berkesan tatkala pemain hilang fokus dan gagal berfungsi dalam satu pasukan.

Katanya, formasi berkenaan dalam proses percubaan dan belum pasti dipraktikkan atau menukar corak permainan berbeza apabila melayani kunjungan Majlis Perbandaran Muar dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, petang ini.

“Perlawanan ini penting kerana saya akan cuba formasi baru untuk mencari kesesuaian terutama di posisi pertahanan dan tengah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...