Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 26, 2010

Balotelli diberi peluang kedua-(Kosmo)





MANCHESTER - Roberto Mancini memberi amaran kepada Mario Balotelli (gambar) menjelang aksi Liga Perdana England bertemu Newcastle United malam ini.

Pengurus City itu berkata, Balotelli perlu membuktikan kehebatannya di atas padang selepas meluahkan rasa tidak berpuas hati berada di kelab itu.

Sejak dibeli musim panas lalu, penyerang Itali itu seringkali dikaitkan dengan kontroversi.

Minggu ini, Balotelli sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan pemilihan pemain muda Arsenal, Jack Wilshere sebagai pemain remaja kedua terbaik Eropah.

Kenyataan itu hadir beberapa jam selepas Balotelli mendakwa dia mampu mencipta impak yang besar sama seperti apa yang dilakukan penyerang Barcelona, Lionel Messi.

Kini, Mancini mendesak Balotelli supaya melupakan semua insiden itu dan memberi sepenuh tumpuan di tengah padang bermula aksi menentang Newcastle.

"Dia perlu meningkat dalam situasi ini," kata Mancini.

"Kamu perlu tersenyum untuk bermain bola sepak, itu adalah yang terbaik boleh kamu lakukan.

"Adalah baik apabila seseorang pemain yakin pada diri sendiri. Balotelli mempunyai semua yang diperlukan untuk menjadi pemain terbaik di dunia.

"Tetapi dia perlu meningkat dan buktikan. Hanya jika kamu bermain dengan baik dalam semua perlawanan, kamu boleh berkata mengenai perkara ini. Terpulanglah kepadanya.

"Liga Perdana England sangat berbeza dengan liga di Itali. Dia perlu faham. Sekiranya dia fikir apa yang dikatakan, dia perlu tonjolkan dalam semua perlawanan." - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...