Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 30, 2010

'Bagai medan perang' (Harian Metro Online)

SUASANA di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta bagaikan medan perang ketika aksi final kedua Piala Suzuki AFF, malam tadi.

Hampir 95,000 penyokong Sang Garuda memenuhi setiap pelosok stadium itu untuk membentuk lautan merah manakala di luarnya pula enam layar gergasi disediakan untuk 100,000 peminat yang tidak mendapat tiket perlawanan.

Hampir 10,000 anggota keselamatan daripada pelbagai cabang yang lengkap bersenjata dan kereta perisai pula mengawal keadaan terutamanya di pintu masuk yang sering diasak peminat untuk memasuki stadium sehingga ada yang terpaksa disuraikan dengan semburan air.

Malah skuad kebangsaan yang memasuki stadium kira-kira jam 6 petang waktu Malaysia terpaksa ‘berperang awal’ apabila tiba diiringi dengan lima jentera itu bagi mengelakkan diganggu penyokong Indonesia.

Situasi di dalam stadium pula hiruk pikuk dengan sorakan penyokong Indonesia yang menyanyikan lagu rasmi skuad kebangsaan Indonesia ‘Garuda Di Dadaku’, diikuti dengan persembahan artis tempatan yang silih berganti.

Malah di segenap gelanggang terdapat pelbagai kain rentang yang digantung bagi membangkitkan semangat pemain Indonesia seperti Bangkit Sepakbola Indonesia Menuju Prestasi, Ayo Bambang (Pamungkas) Kamu Pasti Bisa, Timnas Lanjutkan Prestasi Mu Karena Kamu Bisa dan sebagainya.

Suasana bertambah gamat apabila ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal dan beberapa pegawai pasukan Malaysia masuk untuk memeriksa padang sebelum pada jam 7 malam waktu Malaysia, pemain kebangsaan memasuki padang untuk menjalani latihan ringan yang disambut dengan ‘boo’ penyokong Indonesia.

Perkara sebaliknya berlaku apabila pemain Indonesia memasuki padang yang diiringi dengan jeritan �ndonesia...Indonesia...Indonesia... untuk membangkitkan semangat pemain.

Sepanjang perlawanan berlangsung pula, setiap minit gerakan pemain Indonesia mendapat sokongan peminat mereka ketika pemain Malaysia sememangnya memerlukan kekuatan mental yang luar biasa bagi mengharungi baki 90 minit perlawanan akhir kedua itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...