Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 16, 2010

Azuan congak strategi baru (Berita Harian Online)

Oleh Rizar Mohd Noor

2010/12/16

SELEPAS menggugurkan 12 pemain yang kurang menyerlah, jurulatih Johor FC, Azuan Zain mula mencongak strategi baru dengan menyenarai ramai pemain muda dari skuad Piala Presiden menghadapi musim baru Liga Super yang menyingkap tirai 15 Januari ini.

Pengendali berkenaan yang turut dinaikkan pangkat juga meletakkan sasaran betapa kejayaan layak ke separuh akhir Piala Malaysia bakal berulang dengan kehadiran barisan muda digandingkan bersama pemain senior.

Justeru, kehadiran bekas kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya dan Mohd Rahman Sabul selain kelibat bekas penjaga gol USM FC, Suhardy Alby dan penyerang Perak, Sahrizal Mohd Saad menjadi sandaran buat Johor FC melakar impian menggunung memburu kejuaraan liga buat pertama kali.

“Apa dirancang perlu ada sasaran dan saya meletakkan harapan tinggi mencipta kejuaraan liga musim ini. Kehadiran Rezal Zambery pasti menguatkan barisan tengah dan Shahrizal pula menyelesaikan masalah ketiadaan penyerang dalam skuad Johor FC.

“Saya mengesahkan Rezal Zambery dilantik ketua pasukan Johor FC berdasarkan pengalaman selaku kapten Negeri Sembilan manakala kehadiran dua tonggak utama Johor, Mohd Irfan Ghani dan Radzi Jasman pasti menguatkan lagi benteng pertahanan.

“Cabaran tetap ada terutama pasukan lain begitu gigih mendapatkan pemain yang terbaik malah Johor FC juga pada awalnya ingin memancing pemain yang berstatus bintang tetapi permintaan gaji yang tinggi memaksa pengurusan tidak meneruskan hasrat,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...