Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 29, 2010

Ariel ‘lemas’ Garuda kalah (Harian Metro Online)

JAKARTA: Penyanyi, Ariel ‘Peterpan’ (gambar) semalam mengaku ‘lemas’ dan hampa dengan kekalahan pasukan Garuda kepada Malaysia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Penyanyi berkenaan yang ketika ini ditahan di Penjara Kebon Waru, Bandung, sementara menanti perbicaraan kes video lucahnya, menonton perlawanan berkenaan di penjara itu.

Ariel yang diwawancara di kamar tahanan sementara Mahkamah Bandung, berkata, semangatnya mula kendur apabila Malaysia menjaringkan tiga gol dalam perlawanan babak kedua.

“Saya menonton bersama teman sepenjara. Memang kami bersemangat pada peringkat awalnya tetapi jaringan tiga gol itu membuat kami ‘lemas’ dan kecewa,” katanya.

Ketika ditanya pendapatnya mengenai kekalahan itu, Ariel yang menghadapi tuduhan menyebarkan video seksnya dengan dua selebriti - Cut Tari dan Luna Maya, seperti penyokong Indonesia lain, memberikan alasan pasukan negara itu kalah kerana penyokong Malaysia menggunakan laser untuk mengganggu tumpuan pemain Indonesia.
“Tumpuan pemain kita terganggu kerana laser.

“Saya percaya pemain Indonesia masih emosi selepas perlawanan dihentikan lima minit gara-gara laser itu. Ini menyebabkan permainan mereka tidak stabil,” kata penyanyi itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...