Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 29, 2010

Andi tak mahu ada sebarang gangguan (Harian Metro Online)

PENGURUS pasukan Indonesia, Andi Darussalam berharap perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno malam ini berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.

“Sejak awal lagi, tumpuan kami adalah bola sepak, kami tidak mengambil tahu perkara lain yang berlaku di luar (isu-isu sensitif antara Malaysia dan Indonesia).

“Penonton yang baik akan membantu pemain di tengah padang beraksi dengan baik. Ini adalah persahabatan di dalam bidang sukan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan semalam.

Menurutnya lagi adalah penting untuk skuad bimbingan jurulatih Alfred Riedl itu fokus sepenuhnya dan tidak mengulangi kesilapan perlawanan akhir pertama sehingga membolehkan Malaysia menjaringkan tiga gol.

Mengenai Riedl, beliau menjelaskan jurulatih dari Austria itu sudah melakukan persiapan yang baik walaupun tidak selancar seperti yang diharapkan kerana pertandingan liga tempatan yang berlangsung sebelum ini.

“Dia sudah berjaya menggabungkan pemain lama dan baru di dalam pasukan dan kini tumpuan adalah untuk mencari gol awal,” katanya.

Sementara itu hampir 9,000 anggota keselamatan dilaporkan akan berkawal bagi mengawasi kelancaran perlawanan itu yang turut dilengkapi dengan senjata.

Malah ia juga dilaporkan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku ketegangan antara kedua-dua penonton terjadi.

Malaysia dijangka tidak ketandusan sokongan apabila hamper 300 penyokong hadir memberikan sokongan untuk skuad kebangsaan di Stadium Gelora Bung Karno.

Malaysia akan turun dengan jersi biru manakala Indonesia, merah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...