Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 10, 2010

Amri tekad buru gelaran penjaring terbanyak (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/12/10

DUA gol jaringannya ketika mencetuskan kemenangan 5-1 Malaysia ke atas Laos di saingan akhir peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF Selasa lalu membuatkan penggempur Selangor Mohd Amri Yahyah berazam memburu gelaran penjaring terbanyak kejohanan.

Jauh daripada berasa puas hati, Amri berharap akan dapat memainkan peranannya sekali lagi dalam pertemuan sepasukan akhir menentang Vietnam di Stadium Bukit Jalil, Rabu ini bagi membuka laluan Malaysia ke final.
“Jika ada rezeki, sudah tentu saya mahu menambah jumlah gol, tetapi apa yang penting ialah kemenangan skuad negara tanpa mengira siapa penjaring,” kata Amri semalam. “Sasaran sekarang mara ke final dan seterusnya menjuarai kejohanan.”

Amri mengakui dia agak lambat menyesuaikan diri dengan permainan skuad kebangsaan kali ini yang rata-rata dibarisi pemain muda, tetapi selepas dua perlawanan di Gelora Bung Karno, Jakarta, dia mula memahami corak permainan anak buah K Rajagobal itu.

“Saya sudah lama tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan, jadi apabila nama saya tersenarai kali ini, saya agak terkejut dan cuba sebaik mungkin mempersiapkan diri sebelum ke Jakarta,” kata Amri.

“Sasaran kami ialah mengalahkan Vietnam 3-0 atau lebih besar pada separuh akhir nanti. Kita perlu bekal selesa di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum berkunjung ke Vietnam pada perlawanan timbal balik nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...