Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 17, 2010

Ahmad nafi Baddrol berhijrah (Harian Metro Online)

PENYERANG kebangsaan dan penjaring terbanyak pasukan Kedah musim lalu, Baddrol Bakhtiar (gambar) didakwa sudah bersama juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan tetapi ketua jurulatih, Ahmad Yusof menafikannya.

Menurutnya, beliau juga turut disoal peminat Hijau Kuning ketika latihan di Stadium Darulaman dan terpaksa menafikan berita yang tersebar di blog. “Saya terkejut bila mendapat tahu Baddrol sudah bersama Kelantan kerana dia masih berjumpa saya walaupun berehat untuk memulihkan kecederaan dialaminya pada saingan Piala Malaysia.

“Baddrol tonggak Kedah musim lalu dan dia nadi utama musim depan dan saya pasti Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak akan melepaskannya beraksi bersama pasukan lain.

“Empat muka baru iaitu Fauzi Nan, Firdaus Fauzi, Amar Rohidan dan Hasmawi Hassan menyertai Kedah bagi digandingkan dengan barisan pemain lama dan saya yakin empat pemain ini mampu membantu kita menjuarai sekurang-kurangnya satu piala,” kata Ahmad.

Katanya, Kedah menghadapi perlawanan ujian bertemu ATM malam ini, Sarawak pada 20 Disember dan bertemu PKNS pada 24 Disember di Stadium Darulaman.

“Inilah peluang menguji kemampuan pasukan tanpa pemain yang kini bersama pasukan negara di pertandingan Piala Suzuki AFF.

“Kecuali Amar Rohidan, tiga pemain baru iaitu Fauzi, Firdaus dan Hasmawi tidak sukar menjalin persefahaman kerana pernah beraksi bersama sebelum ini,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...