Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, November 9, 2010

Yunus ganti Nidzam kendali Singa Utara (Berita Harian Online)

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2010/04/11

BEKAS pengendali kelab Liga Perdana Proton FC, Yunus Alif diumumkan sebagai ketua jurulatih baru skuad Perlis, menggantikan Mohd Nidzam Adzha Yusoff bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini, berkuat kuasa esok.

Difahamkan, perlantikan dan pemilihan jurulatih yang dianggap cukup berpengalaman itu dilakukan sebagai usaha ke arah memantapkan kembali naib juara Liga Super musim lalu itu yang dilihat merosot kebelakangan ini.

Berikutan dengan itu, Nidzam Adzha diberi peranan baru sebagai Pengarah Kejurulatihan negeri berkuat kuasa pada tarikh yang sama, dengan tumpuan utamanya ialah pembangunan skuad pelapis dan remaja negeri.

Perkembangan terbaru skuad Singa Utara itu disahkan Pengurus Perlis, Mohd Noor Aziz sebagai mengulas persiapan Perlis menjelang saingan semula Liga Super, 17 April ini.

Mohd Noor berkata, langkah itu bertujuan memantapkan kembali pasukan selepas melalui detik-detik kemerosotan dalam beberapa perlawanan liga sebelum ini, termasuk gagal meneruskan perjuangan pada kempen Piala FA apabila tersingkir di pusingan awal.

“Apa yang dilakukan adalah untuk memastikan Perlis kembali bangkit dan paling penting mampu memberikan saingan pada baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia selepas ini.

“Saya berharap, pengalaman Yunus (Alif) dapat memenuhi matlamat untuk melihat kebangkitan semula Perlis Liga selepas ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...