Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, November 10, 2010

Tabik Malaysia (Harian Metro Online)

JURULATIH Kyrgyzstan, Murat Djumakeev terkejut dengan persembahan bertenaga Malaysia namun menyalahkan kelemahan pengadil perlawanan yang menyaksikan kekalahan 1-2 pasukannya kepada Malaysia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Sukan Asia Guangzhou di Stadium Huadu, semalam.

Djumakeev tegas menyatakan perlawanan itu boleh berlangsung dengan baik dan menarik lagi jika pengadil serta dua penjaga garisan tidak kerap membuat keputusan silap.

“Kami dinafikan beberapa peluang keemasan untuk bangkit terutama pada babak kedua. Pengadil kelihatan terpengaruh dengan ragam pemain Malaysia yang kerap rebah di atas padang dan meminta simpati.

“Ini merencatkan tempo serangan kami yang berjaya menguasai perlawanan. Apapun saya akur Malaysia ternyata lebih layak memenangi perlawanan ini.

“Mereka bijak mengambil kesempatan dalam situasi kelam kabut dalam kotak penalti untuk menjaringkan kedua-dua gol.


“Tahniah kepada jurulatih dan pasukan Malaysia atas persembahan menarik ditunjukan,” katanya.

Selain itu, Djumakeev turut mengakui pemainnya agak kepenatan kerana baru semalam tiba di Guangzhou.

Kepada satu soalan, beliau agak terkejut dengan corak permainan pantas, pendek dan agresif ditunjukkan barisan Malaysia.

“Saya sebenarnya yakin dapat mengalahkan Malaysia namun inilah bola sepak. Pada akhir perlawanan ada yang kalah dan ada yang menang. Jadi hari ini kami tidak bernasib baik,” jelasnya.

Menghadapi tuan rumah, China pada perlawanan kedua esok, Djumakeev akur tugas berat menentang pasukan itu.

“Sudah tentu kami akan lebih bersiap sedia. Saya harap pemain dapat melupakan kekalahan ini dan kembali memberikan perhatian menentang China,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena