Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, November 7, 2010

Shahrulnizam kembali ke Perak (Kosmo Online)


SHAHRULNIZAM (kiri) kembali menyertai skuad Liga Super Perak bagi saingan musim depan.


"SAYA ingin membantu Perak dalam saingan Liga Super pada musim depan."

Begitu azam ketua pasukan Kedah, Shahrulnizam Mustapa yang ingin kembali menyarung jersi skuad Seladang musim depan.

Shahrulnizam, 29, yang beraksi dengan skuad Hijau Kuning selama dua tahun (2009-2010) adalah antara lapan pemain luar yang menawarkan diri untuk bermain dengan Perak.

Shahrulnizam yang berasal dari Ipoh telah mewakili Perak sejak tahun 2002 dan berpindah ke Kedah pada 2009 lalu.

"Saya dan rakan-rakan yang lain berazam membantu Perak memperbaiki kedudukannya dalam Liga Super kelak," jelas Shahrulnizam ketika ditemui di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Ipoh semalam.

Skuad Seladang yang dibimbing oleh Raja Azlan Shah Raja Shoib musim ini, menamatkan kempen mereka di tangga ke-11 Liga Super.

Sebelum itu, Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengumumkan bahawa persatuan berkenaan telah menawarkan tempat kepada Shahrulnizam dan tujuh pemain lain dalam skuad Seladang pada musim depan.

Pemain pertahanan ATM, Chan Wing Hoong dan penjaga gol ATM, Mohd. Nasril Mat Nourdin turut ditawarkan untuk beraksi dengan skuad yang akan dibimbing oleh Norizan Bakar itu.

Pemain-pemain lain yang turut ditawarkan oleh PAFA adalah Mohd. Khairi Zainuddin (PKNS), Mohd. Syahman Zainuddin (Kuala Lumpur), Harizul Izuan Abdul Rani (T-Team Terengganu), Mohd. Noor Hazrul Mohd. Mustafa (Perlis) dan Mohd. Shahrul Hafiz Mohd. Shafie (Harimau Muda).

Selain itu, Zainol turut menyata- kan hanya 10 daripada 24 pemain musim lalu dikekalkan untuk beraksi dengan Perak pada musim akan datang.

Penyerang sensasi, Razali Umar Kandasamy bersama-sama Khairul Amri Salehuddin, Kamarul Ef- fandi Abdul Rahim,

Azmeer Yusof, Isma Alif Mohd. Salim, K. Nanthakumar, Mohd. Khalis Ibrahim, Khairul Izzat Jamaluddin, Mohd. Syazwan Mohd. Roslan dan Muhammmad Nazri Mohd. Kamal masih beraksi dengan skuad Seladang musim depan.

Tiga pemain Piala Presiden yang dinaikkan pangkat ke Liga Super adalah Mohd. Basir Basha- ruddin, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan dan Nurul Nashriq Kamarddin.

Bekas jurulatih penjaga gol merangkap penjaga gol ketiga Perak musim lalu, Megat Amir Faisal Al- Khalidy Ibrahim antara 14 pemain yang digugur daripada skuad Seladang.

Pemain-pemain lain yang digugurkan termasuk Mohd. Arif Faz- lie Saidin, Mohd. Hafiz Abd. Rahman, Benedict Martin, Mohd. Hafiszuan Salehuddin, Shahrizal Mohd. Saad, Mohd. Saufi Saadi, Shafuan Adli Shaari, Muhd. Arif Ismail, Wan Azwari Wan Nor, Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin, S. Sathiakumaran, Mohd. Fauzzi Mohd. Kassim dan J. Thevaggaran Nair.

Presiden PAFA itu memberitahu bahawa Norizan akan mencari empat 'nama besar' dalam Liga Super bagi disenaraikan dalam skuad Seladang.

"Terpulanglah kepada Norizan untuk mendapatkannya."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...