Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 1, 2010

Sathianathan tunggu keputusan KAFA (Sinar Harian Online)


SELEPAS membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia, B Sathianathan enggan mengulas mengenai masa depannya bersama pasukan The Red Warriors setelah dikenakan hukuman pergantungan enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun, Sathianathan dibenarkan berada di bangku simpanan sewaktu perlawanan akhir Kelantan dan Negeri Sembilan, kelmarin.

“Semua ini di bawah kuasa Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa. Saya enggan mengulas," katanya.

Sathianathan digantung enam bulan selepas komen beliau yang menyentuh stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu semasa TM Liga Super lalu.

Katanya, stadium tuan rumah tidak boleh digunakan maka stadium luar harus dijadikan stadium berkecuali untuk menjadi gelanggang perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...