Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 22, 2010

Ronaldo cabar Barca

MADRID: Cristiano Ronaldo mencabar Barcelona menjaringkan lapan gol ketika bertemu Real Madrid selepas juara bertahan itu membelasah Almeria 8-0 pada saingan La Liga, kelmarin.

Penyerang Portugal itu menjaringkan hatrik ketika pasukannya membelasah Athletic Bilbao 5-1 di Bernabeu sekali gus muncul penjaring terbanyak liga dengan 14 gol, lebih satu gol berbanding Lionel Messi.

Pemain Argentina yang juga Pemain Terbaik Dunia itu turut mencipta hatrik ketika Barcelona membenam Almeria tapi Ronaldo tidak kagum dengan pencapaian diraih Barcelona itu.

“Kemenangan 8-0 itu tidak bermakna kepada saya. Kalau boleh cubalah jaringkan lapan gol apabila menentang kami.

“Saya gembira berjaya dapat menjaringkan gol tapi lebih penting ialah pasukan saya memenangi perlawanan ini. “Saya mensasarkan untuk memenangi liga. Muncul penjaring terbanyak bukanlah keutamaan saya,” katanya.

Real Madrid bertemu Barcelona 29 November ini di gelanggang lawan dengan kelebihan satu mata berbanding juara bertahan itu.

Kemenangan Barcelona ke atas Almeria menyamai rekod pada 1959 apabila mereka membelasah Las Palmas dengan jaringan sama tapi jurulatih, Pep Guardiola tidak mahu berbangga dengan kemenangan besar itu.
“Kami tidak bermaksud untuk memberi amaran kepada sesiapapun menerusi kemenangan besar ini. Kami hanya bermain tahap tertinggi seperti kebiasaannya pada perlawanan lain,” katanya. - Reuters

--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...