Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, November 10, 2010

Piala Malaysia untuk Sultan (Kosmo Online)



ANNUAR (kiri) mempersembahkan Piala Malaysia kepada Sultan Muhammad V pada Majlis Santapan Malam di Kota Bharu malam kelmarin.


MALAM bersejarah.

Trofi berprestij bola sepak tempatan, Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan The Red Warriors, dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Majlis Santapan Malam di Hotel Renaissance, Kota Bharu malam kelmarin.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan kejayaan Kelantan bergelar juara Piala Malaysia buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 1921.

Kejayaan tersebut sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun Kelantan untuk bergelar juara selepas gagal melakukannya pada tahun lalu.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk trofi kejuaraan oleh ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Badhri Radzi sambil diiringi tujuh hulubalang lengkap berpakaian tradisional Kelantan bersama barisan pemain dan pengurusan pasukan The Red Warriors.

Selepas itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kemudiannya mempersembahkan trofi tersebut kepada Sultan Muhammad V untuk diletakkan di tempat khas sebagai simbolik persembahan tersebut.

Pada majlis tersebut, Tan Sri Annuar Musa merafak sembah menjunjung kasih mempersembahkan ucapan penghargaan daripada pihak KAFA kepada baginda Sultan Kelantan.

Dalam ucapannya, Annuar menyifatkan kejayaan menjulang Piala Malaysia itu merupakan simbolik kasih sayang rakyat Kelantan kepada tuanku Sultan.

Katanya, ia merupakan cetusan kegembiraan rakyat negeri ini di atas pemasyhuran Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan yang baru.

"Kemenangan buat pertama kali ini juga merupakan simbolik di atas penyatuan rakyat Kelantan tanpa mengira pangkat, darjat mahupun fahaman politik yang berbeza," katanya.

Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...