Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Piala Emas Raja-Raja (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Perlawanan peringkat awal Kumpulan D Piala Emas Raja-Raja ke-70 yang dijadual di Stadium Utama Negeri, Kangar esok ditunda berikutan banjir di bandar tersebut.

Perlawanan selama tiga hari membabitkan Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang dijadual pada 5, 6 dan 7 November ini telah diubah ke tarikh baru iaitu pada 7, 8 dan 9 November.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Abdul Wahab Ismail berkata, perubahan itu tidak dapat dielakkan ekoran banjir buruk di Kangar ketika ini.

"Tarikh perlawanan terpaksa dianjak kepada 7 November (Ahad), Isnin dan Selasa ini demi keselamatan pasukan dan pemain,'' katanya.

Menurut Abdul Wahab, perlawanan di tiga gelanggang lain iaitu Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, Stadium Perak (Ipoh) dan Stadium UiTM (Shah Alam) yang dijadual pada 5, 6 dan 7 November ini tidak berubah.

Saingan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 kali ini menampilkan 16 pasukan dalam empat kumpulan.

Di Kangar, Perlis akan melayan kunjungan Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dalam Kumpulan A manakala Kelantan diundi dalam Kumpulan B bersama Johor, ATM dan Pulau Pinang.

Perlawanan Kumpulan C di Stadium Ipoh pula menyaksikan tuan rumah Perak bersaing bersama Kedah, Selangor dan Melaka manakala di Stadium UiTM Shah Alam, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) menjadi tuan rumah kepada Singapura, Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain tarikh perlawanan peringkat awal, aksi peringkat separuh akhir dan akhir juga telah diubah atas sebab teknikal.

Perlawanan separuh akhir pertama yang dijadual pada 27 November ini (Sabtu) telah diubah kepada 28 November (Ahad).

Perlawanan akhir yang dijadualkan pada pada 18 Disember ini, dipercepatkan kepada 11 Disember di gelanggang yang akan ditetapkan kemudian.

Dalam pada itu, saluran sukan Astro Arena (801) akan menyiarkan siaran langsung Piala Emas Raja-Raja membabitkan Kumpulan D, MASUM, Singapura, Terengganu dan PDRM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...