Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, November 6, 2010

Perak perlu dua penyerang (Harian Metro Online)

Oleh Azizan Hashim

KETUA jurulatih Perak, Norizan Bakar kini perlu mendapatkan khidmat dua penyerang serta seorang pemain tengah dan seorang pertahanan berwibawa bagi memperkukuh skuad Seladang dalam kancah bola sepak Liga M, musim depan.

Empat pemain terbabit yang bakal menjadi tonggak pasukan akan menjadi pelengkap kepada 21 pemain termasuk bekas kapten Kedah, Shahrulnizam Mustapha yang sudah berada dalam senarai Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), setakat ini.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ketika mengumumkan skuad Seladang muim 2011 itu berkata, pihaknya memberikan tanggung jawab kepada Norizan agar dapat memilih pemain sesuai dengan kehendaknya.

“Pafa beri peluang kepada Norizan mencari calonnya sendiri kerana dia lebih tahu apa yang diperlukan,” katanya.

Apapun setakat ini bekas pemain Perak seperti Chan Wing Hoong, Nasril Nourdin, Mohd Khairi Zainuddin, Harizul Izuan Abdul Rani dan Mohd Noor Hazrul Mahd Mustafa adalah antara tenaga yang sudah dimiliki oleh Norizan.

Dua lagi ialah pemain Kuala Lumpur, Mohd Syahman Zainuddin dan pemain skuad Harimau Muda kelahiran Perak, Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafie.

Tiga belas pemain skuad tahun lalu termasuk tiga pemain yang masih mempunyai kontrak iaitu Razali Umar Kandasamy, Mohd Syazwan Mohd Roslan, Muhammad Nazri Mohd Kamal dan kapten, K Nanthakumar dikekalkan selain Khairul Amri Salehuddin, Kamarul Effandi Abdul Rahim, Azmeer Yusof, Isma Alif Mohd Salim, Mohd Khalis Ibrahim, Mohd Nasir Basharuddin, Muhd Nurridzuan Abu Hassan, Nurul Nashriq Kamarddin dan Khairul Izzat Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena