Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Peminat serbu pemain (Sinar Harian Online)


KOTA BHARU – Kehangatan demam kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi oleh Kelantan terus memuncak apabila ribuan peminat Kelantan sekali lagi menyerbu barisan wira Kelantan yang menjulang piala tersebut ketika mereka hadir dalam majlis bertemu peminat di Pusat Perdagangan Kota Bharu (KBTC), petang semalam.

Rombongan pemain The Red Warriors yang menaiki bas Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) itu tiba tepat jam 3.15 petang di pekarangan pusat perdagangan tersebut sambil ribuan peminat memberi tepukan gemuruh sebaik sahaja Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim melangkah keluar daripada bas itu.

Ribuan peminat bukan sahaja mengambil kesempatan bergambar dengan piala, malahan mereka turut bergambar dan mendapatkan tandatangan daripada hampir kesemua pemain Kelantan yang hadir dalam majlis itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tuan Mohd Hashim Tuan Yaakob dalam ucapannya berkata, Kafa amat terharu di atas sambutan yang diterima sepanjang sesi bertemu peminat yang memasuki hari kedua semalam.

“Perarakan Piala Malaysia akan berakhir hari ini (semalam) kerana kita akan bercuti sempena sambutan perayaan selepas ini. Kafa berasa teruja di atas sambutan seperti ini dan ini menunjukkan peminat Kelantan begitu sayang terhadap pasukan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...